Gambar Kanak-kanak Tertoreh Muka Bukan Berlaku Di Malaysia



Sungai Petani: Tersebar didada laman Facebook dan aplikasi whatapps hari ini gambar seorang kanak-kanak yang cedera ngeri dimuka selepas dikatakan terkena libasan parang selepas ibu bapanya bergaduh yang didakwa berlaku di sini adalah tidak benar.

Ia sebenarnya belaku diluar negara dan pihak polis mengenalpasti beberapa laman web dari Thailand dan Laos turut memuat naik gambar berkenaan namun tiada nama tempat dan jenis senjata yang tepat dinyatakan.


Sementara itu, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menafikan kes terbabit berlaku di Sungai Petani kerana hasil pemeriksaan, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.

"Jadi tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat," katanya.

Pihak polis menyifatkan tindakan individu yang menyebar gambar kanak-kanak tersebut yang berlaku di Sungai Petani adalah tidak bertanggungjawab. - Siakapkeli.com.my


Sumber: