GOSIP ARTIS MALAYSIA

mcdonalds tampil dengan koleksi mcfashion inspirasi bigmac

McDonalds Tampil Dengan Koleksi McFashion Inspirasi BigMacMore Sharing Service

KL, 27 MAC 2015: Mungkin di barat terutamanya negara asal kelahiran francais makanan segera popular dunia McDonalds iaitu Amerika Syarikat, ia lebih sinonim kepada pilihan makanan oleh golongan bawahan sahaja, tetapi imej sebegitu tidak menghalang produk ini menembusi pasaran baru iaitu bidang fesyen.
Kini dengan menggunakan Big Mac, burger paling popular dunia ini sebagai inspirasi pertama koleksi pertama McDonalds, anda bukan sahaja boleh mendapatkan ia untuk dipakai. Rangkaian baru jenama makan segera in turut menghasilkan barangan rumah seperti cadar, sarung bantal, kusyen dan sebagainya.
Lupakan item yang pernah diinspirasikan daripada produk makanan popular dunia seperti Moschino dan jenama lain, penghasilan produk terbaru ini bukan sekadar projek biasa tetapi mempunyai piawaian tersendiri dan selasa serta berkualiti.
Semuanya tentang Big Mac, ia telah mula berada di pasaran sejak awal minggu lalu dan telah rasmi dilancarkan di  Stockholm, Sweden. Tetapi jangan risau kerana ia boleh didapati di online shopping yang dikenali dengan nama Big Mac Shop secara berperingkat.
Antara produk yang telah tersenarai di pasaran antaranya padanan baju dan seluar, linen untuk bilik tidur, kertas dinding, baju anjing, baju hujan dan but Wellington. Semuanya menggunakan satu motif yang sama iaitu imej Big Mac berlatarkan warna putih.
Projek McFashion ini adalah salah satu publisiti daripada McDonalds untuk peringkat global dengan kempen imlovinit 24, menampilkan24 orang eksekutif pemasaran syarikat ini daripada seluruh dunia.