Hafiz Suip Sedar Bahawa Gaya Barunya Dikritik Ramai Peminat



Apakah pendapat korang tentang penampilan terbaru Hafiz yang tampil dengan gaya berambut pendek tapi dengan sedikit warna pada rambutnya.

Dalam pelbagai reaksi yang diterima terhadap penampilan terbaru Hafiz ini, tak kurang juga yang tidak berapa menyukai warna pilihan yang dipilih Hafiz untuk imej terbaharunya itu.

“Saya menerima banyak tohmahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang orang kata kerana apa yang penting terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja.

“Saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri. Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan,” katanya.


Selain itu, AHfiz juga mendedahkan yang beliau akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, , Effy, tahun depan.

“Setakat ini tidak ada tarikh sebenar tetapi tunang saya akan tamat belajar sekitar Ogos atau September tahun ini. InsyaAllah, kami akan bernikah dalam awal tahun depan atau bulan Mei sempena ulang tahun kelahiran tunang saya.

“Kalau ikutkan saya mahu beri peluang tunang saya timba pengalaman bekerja dulu sekurang-kurangnya enam bulan. Namun, jika keluarga mahukan kami segera bernikah, kami hormati keputusan mereka,” katanya yang sekali lagi berkolaborasi bersama Adira dalam lagu runut bunyi untuk filem Pilot Cafe yang berjudul Untuk Cinta. – Siakapkeli.com.my


Sumber: