Kembar Lemas Ketika Ibu Halau Lebah


ARIZONA – Ia merupakan satu kematian tragis bagi pasangan kembar lelaki berusia 18 bulan ini.


Eli dan Silas meninggal dunia selepas kereta sorong yang mereka naiki terjatuh ke dalam sungai ketika ibu mereka, Alexis Keslar sedang menghalau lebah.


Ketika kejadian, mereka sedang bersiar-siar di kawasan berkenaan.


Meskipun Alexis cuba menyelamatkan anak kembarnya itu, namun air yang dalam dan arus yang kuat telah menggagalkan usaha tersebut.


Mayat kembar terbabit ditemui sejam kemudian dan disahkan meninggal dunia.


Susulan itu, satu laman page GoFundMe telah ditubuhkan bagi mengutip wang kepada keluarga mereka bagi membantu membiayai rawatan perubatan untuk Alexis dan suaminya, yang amat tertekan dengan kejadian malang tersebut.


Sehingga kini, lebih RM30,000 berjaya dikumpulkan. – MYNEWSHUB.cc


Komen


comments