Laman Utama Utama & Sensasi Kevin Zahri Tawar Bantu Abam Bocey Untuk Kurus

UCAPAN kemenangan Abam Bocey yang berbunyi ‘Gemuk is Awesome’ mendapat perhatian ramai peminat industri hiburan tanah air yang terhibur dengan kata-kata spontannya itu sebaik merangkul trofi bagi kategori Pelawak Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP 20144).

Banyak juga pengguna laman sosial memberi komen positif dan negatif mengenai kenyataan Abam itu.

Hal ini turut menarik perhatian personaliti TV dan juga jurulatih kecergasan, Kevin Zahri untuk memberikan pandangannya yang tersendiri mengenai isu ini.

GemokisOsem

Menurutnya, Abam Bocey telah mengingatkannya kepada arwah Bob Kuman yang pernah datang meminta bantuan menurunkan berat badan.

Kevin turut mengakui cabaran yang bakal Abam hadapi selepas ini sekiranya mahu melakukan perubahan kerana sudah menjadi popular dengan imej berbadan besar dan menjadi pengasas kepada ayat Gemuk is Awesome.

Kevin-Zahri-Sedia-Untuk-Bantu-Abam-Bocey-

“My sincere offer kepada Abam Bocey, mana-mana selebriti tanah air dan para pembaca pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya sedia untuk membantu anda, InsyaAllah,” tulisnya lagi.

Pasti Abam akan lebih awesome lepas ini kalau dia sahut cabaran Kevin ini!

- MYNEWSHUB.CC

Komen

comments