Laman Utama Terkini Lelaki Mahu Kahwin Ular Tedung Yang Didakwa Jelmaan Wanita Cantik

India – Macam-macam perkara pelik berlaku di dunia sekarang ini. Salah satu daripadanya adalah kesunggugan seorang lelaki, Sandeep Patel, 27, untuk mengahwini seekor ular tedung yang didakwanya sebagai jelmaan seorang wanita cantik pada zaman dulu.

Patel juga mendakwa dia akan menjelma sebagai ular pada waktu malam dalam keadaan tidur yang nyenyak.

Selepas memberitahu orang ramai bahawa reptilia itu berjanji untuk berkahwin dengannya, Patel telah mengadakan upacara perkahwinan di sebuah kuil.

Apabila berita dia akan berkahwin dengan ular itu tersebar, hampir 12,000 hingga 15,000 orang mengunjungi kuil berkenaan untuk melihat upacara tersebut.

Ketibaan Patel di kuil itu disambut meriah dan dia juga ditabur bunga.

Bagaimanapun cubaan Patel untuk berkahwin dengan ular itu berjaya dihalang oleh polis yang menyerbu kuil tersebut selepas mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai perkahwinan pelik itu.

Patel dan bapanya, Dayashankar, telah ditangkap manakala orang ramai yang mengunjungi kuil itu mengancam untuk mengadakan rusuhan kerana kecewa.

Polis terpaksa menggunakan pasukan anti rusuhan untuk menyuaraikan orang ramai yang juga penduduk di situ – MYNEWSHUB.CC

Komen

comments