Pemandu Teksi Bertengkar Dengan Gadis Didakwa Dengan Empat Pertuduhan



Shah Alam: Hari ini Mahkamah Majistret Shah Alam telah mendakwa seorang pemandu teksi yang terbabit dalam pertengkaran dengan empat orang gadis di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

Azmi Mat Mokhtar, 54, didakwa dengan empat pertuduhan di mana dia didakwa menyebabkan kerosakan kereta Perodua MyVi milik Sharifah Fara Difla Syed Fareid, 28, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, 29 Mac lalu di sebuah stesen minyak..

Dalam tuduhan kedua, ketiga dan keempat di Mahkamah Majistret 2, Azmi didakwa menumbuk dan menyebabkan kecederaan kepada tiga beradik iaitu Sharifah Fara Difla; Sharifah Fara Afzan, 27, dan Sharifah Fara Ryyana, 24, pada masa dan lokasi sama.

BACA: Kisah Sebenar: Gadis Mengamuk Di Sebuah Stesen Minyak Di Shah Alam

Untuk tuduhan pertama Azmi didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum penjara setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Azmi didakwa di bawah Seksyen 323 KK yang boleh dihukum penjara setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.


Bagaimanapun Azmi dalam pertuduhan tersebut telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Majistret Ellyana Razali bagaimanapun menetapkan jaminan RM2,500 manakala bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan jaminan masing-masing RM1,500.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes.

Seminggu yang lalu gempar apabila tersebar dilaman sosial sebuah video memaparkan seorang pemandu teksi bertengkar dengan empat orang gadis yang menjadi bualan hangat. - Siakapkeli.com.my


Sumber: