Hari ini menjadi viral di laman sosial kisah sekumpulan gadis mengamuk di sebuah stesen minyak di Shah Alam gara-gara kereta Myvi milik salah seorang daripada mereka telah dilanggar oleh seorang pemandu teksi.
Menurut sumber portal Oh! Media iaitu page yang menyiarkan rakaman video tersebut, pihak wanita berkenaan telah tampil membuat penjelasan lengkap termasuk report polis.
Rakaman dari pihak perempuan plak berkaitan kes perempuan kereta myvi mengamuk terhadap pemandu teksi.
Rakaman dari pihak perempuan plak berkaitan kes perempuan kereta myvi mengamuk terhadap pemandu teksi.sumber : http://goo.gl/xf4YltMore : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Monday, 30 March 2015
Menurut mereka, tindakan pemandu teksi tersebut yang telah memukul salah seorang daripada mereka menyebabkan kekecohan besar tersebut terjadi.
Mungkin kerana cara percakapan gadis-gadis tersebut 'boleh tahan', pemandu teksi tersebut mungkin menjadi geram sehingga menggunakan kekerasan terhadap gadis tersebut.
Selepas kejadian, mereka telah ke balai polis untuk menyelesaikan kes ini, bapa gadis tersebut telah sampai dan sebaik mengetahui anaknya dipukul, bapa gadis tersebut telah bertindak nekad memukul pemandu teksi berkenaan.
Kerana tumbukan itu, pemandu teksi berkenaan mengalami pendarahan di muka. Sepatutnya kejadian ini diselesaikan cara berhemah, tapi bapa manakan sanggup tengok anaknya dipukul.
Apapun harapan kami, kejadian ini boleh diselesaikan cara elok dan harap tidak berlaku lagi sebegini kerana sudah banyak kejadian pukul melibatkan pemandu kenderaan. Kes terbaru adalah kejadian seorang wanita dikatakan memukul seorang warga Perancis selepas dikatakan dia dituduh sebagai pengganas.