Punca Sultan Johor Tak Sambut Salam Ahmad Maslan

Punca sebenar isu Sultan Johor tak sambut salam atau jabat tangan Ahmad Maslan akhirnya terjawab. Menerusi laman sosial, kini tersebar video rakaman DYMM Sultan Johor seolah-olah enggan bersalaman dengan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.


Insiden itu berlaku ketika Majlis Jamuan Teh bersama rakyat di Pontian pada 7 April 2015 sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor.

Untuk info yang dipetik dari sebuah portal [Disini], Sultan Johor difahamkan terlepas pandang untuk bersalaman dengan Ahmad Maslan berikutan terlalu ramai rakyat yang ingin bersalaman dengannya pada waktu yang sama. Bagaimanapun setelah keadaan tidak terlalu sibuk, Ahmad Maslan akhirnya dapat juga bersemuka dan bersalaman dengan DYMM Sultan Johor.

Oleh itu, dakwaan mengenai Sultan Johor enggan bersemuka dan membenci Ahmad Maslan adalah tidak benar sama sekali.

Difahamkan DYMM Sultan Johor terlepas pandang untuk bersalaman dengan Ahmad Maslan dan insiden itu adalah tidak disengajakan.

Foto Ahmad Maslan akhirnya dapat juga bersalaman dan bersemuka dengan DYMM Sultan Johor setelah keadaan mengizinkan.


Kenyataan Twitter Ahmad Maslan Mengenai Sultan Johor


Sumber: