Restoran Paling Kecil Di Dunia Untuk 2 Orang Pelanggan Sahaja



Restoran Paling Kecil Di Dunia Untuk 2 Orang Pelanggan Sahaja | Jika anda sedang mencari pengalaman makan di restoran paling berprivasi, anda boleh cuba makan di restoran Solo Per Due, restoran kecil di Vacone, Itali, yang hanya mempunyai satu meja dan dua kerusi.



Dinamakan “Solo Per Due” dalam bahasa Itali kerana ia  ”hanya untuk dua orang pelanggan”, restoran terkecil di dunia hanya menerima dua orang pada satu masa. Ciri unik menjadikan restoran Itali ini destinasi popular bagi pelancong dari seluruh dunia.  Hanya 1,500 orang mendapat peluang untuk menikmati makanan di sini. Oleh kerana ianya eksklusif, harga set makanan yang ditetapkan adalah sebanyak € 250 (RM1200) bagi setiap orang (tidak termasuk wain dan champagne). Idea di sebalik kedai makan yang unik ini adalah  tetamu menikmati keintiman sebenar dan mendapat perhatian sepenuhnya dari tukang masak yang menjamin pengalaman makan yang istimewa.