Subjek Perintis Moden Perlu Diajar Di Universiti Islam


NEW DELHI – Subjek perintis moden perlu diajar bersama-sama dengan tamadun, kebudayaan dan seni bina Islam di semua universiti Islam, kata Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.


Beliau berkata universiti berkenaan perlu belajar untuk menghidupkan corak Islam sejagat, bukan “membataskannya” kepada paradigma sosio-agama semata-mata.


“Gabungan ilmu, nilai dan adab perlu menjadi fokus matlamat kita. Sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan program-program hak asasi kita sendiri dengan bercirikan tradisi Islam dan digabungkan dengan ilmu moden.


“Kita telah dipertaruhkan oleh Barat secara ekstrem. Kita perlu bangkit untuk memupuk dan merintis standard dan keutamaan kita sendiri,” katanya.


Rais, yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata demikian dalam ucapan balas selepas menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat ‘Life-Achievement Award’ daripada Akademi Ma’din, Kohzikode di Kerala. Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini hari ini. – BERNAMA


Komen


comments