3 lagi filem Fast And Furious akan menyusul selepas Furious 7 – Akan Datang Furious 8!
Forbes melaporkan, pengerusi Universal Pictures, Donna Langley mengatakan filem FAST AND FURIOUS akan berlanjutan hingga sekuel kesepuluh.
Donna berkata, “Kami fikir akan melanjutkannya hingga tiga kali lagi. Meskipun Paul Walker menjadi bahagian yang penting dari cerita ini telah tiada, namun, ada banyak karakter baru yang lebih kuat akan muncul.”
Donna menambah lagi, “Saya fikir (filem ini) masih meraih keuntungan yang besar. Kita lihat saja apa yang akan terjadi pada FURIOUS 7, tapi filem box office ini telah berkembang selama tiga hingga empat sekuel terakhirnya.
Kami fikir akan menghasilkan Fast & Furious 8 tidak lama lagi, namun kami sedar bahawa hal ini juga sangat memenatkan.”
FURIOUS 7 akan ditayangkan di 63 buah negara di seluruh dunia membabitkan 10,500 buah pawagam bermula 2 April 2015.