Wanita Enggan Dengar Nasihat Doktor, Selamatkan Nyawa Suami


KADANGKALA pakar perubatan profesional juga tidak dapat menemui jalan wajar untuk menyelesaikan kes pesakit mereka, apatah lagi ajal maut sememangnya di tangan Tuhan.


Sebagai contoh kes seorang wanita, Danielle Josey Davis yang enggan menerima nasihat pakar perubatan yang mahu mencabut mesin sokongan hayat suaminya yang telah koma selama 3 bulan.


Ternyata tindakan Danielle yang mengikut kata hati itu telah mendatangkan rahmat buatnya kerana tak lama selepas itu suaminya sedarkan diri.


Begitu pun suaminya yang dikenali sebagai Matt langsung tidak ingat bahawa dia dan Danielle sudah berkahwin.


comaq2


Kini Matt dalam proses pemulihan dan boleh kembali memandu.


Walaupun Matt tidak dapat mengingati tentang Danielle, dia menyatakan kesyukuran kerana memiliki wanita itu sebagai isterinya.


Mungkin kalau Danielle bersabar sedikit waktu lagi, ingatan suaminya akan kembali pulih bukan?


– MYNEWSHUB.CC


Oleh: SYFQAKHIR


Komen


comments