GAMBAR: Viral Dilaman Sosial Kononnya Durian Dari Thailand Direndam Bahan Kimia Untuk Cepat Masak




Hari ini tersiar dilaman sosial beberapa keping gambar yang menunjukkan tindakan seorang perkerja yang dikatakan di Thailand yang sedang merendam buah durian dengan sejenis bahan kimia untuk membuatkan buah durian yang dipetik cepat masak.


Berdasarkan sebaran itu, ada yang mengatakan ia hanyalah sekadar pewarna untuk mencantikkan buah tersebut agar nampak menarik.


Bagaimanapun mereka tidak dapat pastikan apa peranan sebenarnya air bewarna kuning itu. Adakah ia sejenis bahan kimia atau sekadar pewarna.


Jika betul seperti di dakwa adakah ia merbahaya kepada kesihatan kita yang memakannya? kerana buah durian ini ada yang akan ada yang terkopek sendiri, jika isinya itu terdedah kepada air ini adakah kita yang memakannya terdedah kepada bahaya?

.



Menurut web tersebut rawatan merendam buah durian dalam 'Larutan Kuning' dibuat untuk memberikan warna kulit buah durian lebih kuning dan kilat, membunuh segala pathogen pada kulit buah, mempastikan buah akan masak apabila tiba kepada pelanggan dan memberikan ketahanan kepada buah


Ia dikatakan direndam selama 10 minit untuk semua jenis durian yang akan di eksport ke luar negara.


Larutan kuning ini sebenarnya mengandungi Kunyit (Turmeric) dan bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.





Buah yang direndam tadi disusun diatas para kayu atau plastik dengan bentuk 6-7 lapisan sehingga betul-betul kering secara semulajadi. Lazimnya buah akan kering selepas 3-5 jam selepas direndam. Jika ada sisa larutan masih melekat akan di letakan kipas angin agar dapat dikeringkan sepenuhnya.


Apapun apa yang SK naikkan ini adalah untuk peringatan bersama, kalau sah air tersebut selamat baguslah tetapi kalau ia bahan kimia pihak pihak berkuasa harus berbuat sesuatu kerana dari pencarian SK hanya tahu kunyit dan beberapa bahan lain yang tidak dinyatakan. Apakah bahan yang tidak dinyatakan itu?.







sumber