Kalau sebut pasal gangter pasti kita akan
terngiang-ngiang tentang geng 007, Tiga Line,
Geng 30 pastinya nama yang sering meniti di
bibir berita... Tapi kalini jom kita selongkar geng
mafia di seluruh dunia
.BACA - 7 FESTIVAL BOGEL DI DUNIA
1. Russian Mafia
Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya
diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah
terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan
banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan
identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata
api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah
satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa".
Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka
akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa
sahaja dengan apa jua sebabnya.
2. Sicilian and American Cosa Nostra
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang
masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali.
Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat
dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti
mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota
mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang.
Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain
diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu
tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka
akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya.
Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak
3. Colombian Drug Cartels
Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan
dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi
ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera
dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang
ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel
dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam
berbagai jenayah penculikan dan pengganas.
4. Chinese Triads
Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang
bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore,
dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles,
Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah
mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan
dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini
bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui.
Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun
jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya
memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat
5. Japanese Yakuza
Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang
berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan
pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organasasi ini
dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang
dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini.
Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada
pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf.
Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh
bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000
anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka
meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material
pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika,
pelacuran dan pendatang asing.
Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang
sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini
ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para
tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya
atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam
aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini
organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh
Amerika Syarikat.
Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa
iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang
terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di
dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan
pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di luar
penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah
tersebut. Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah
untuk membayar wang perlindungan, bagi yang menolak akan
7. Israeli Mafia
Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan
pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah
serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dandikenali
kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai
sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk
melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah
memasuki ke dalam seluruh bahagian sistem politik di
Amerika Syarikat.
8. The Serbian Mafia
The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara,
termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan
Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti
seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan,
perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi.
Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac,
Surcin and Zemu yang akan mengatur kumpulan yang
9. The Albanian Mafia
The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi
kriminal yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia
ini juga aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara
Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah
melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa
sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di
Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika
Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan
perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah
untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam
atau sebagai ancaman.
10. Jamaican - British Yardies
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal
dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun
1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan
berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga
mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan
terlarang dan berbagai jenayah bersenjata lainnya.
Kelompok mafia ini belum mencuba untuk memasuki
sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap kurang
berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap
jenayahnya, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang
merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan BritishBACA - VIDEO JURULATIH SEKSI MENAIKKAN SEMANGAT