MISTERI HIGHLAND TOWER (Malaysia)

MISTERI HIGHLAND TOWER (Malaysia)



Team Penyingkap Fakta 666 telah berjaya merakam gambar satu gambar yang ekslusif untuk dikongsi bersama AIM. Gambar tersebut dirakam menggunakan camera Canon Power Shot G12.


Gambar berikut dirakamkan di antara jam 2.32 dan 2.34 pagi, lazimnya kehadiran orbs dianggap sebagai isyarat jelas kewujudan entiti paranormal lain.








Salah seorang daripada mereka yang bernama Rahmat Mokhtar menjerit ...
"Huh! Tengok bacaan IR Thermometer jadi gila!"



Suhu asas, kira-kira 80°F menurun secara mendadak. Perhatikan bacaan pada skrin Infrared, IR Thermometer, dipegang oleh mereka.


Untuk rekod, pengkaji paranormal percaya, jika suhu naik atau turun secara mendadak dengan julat plus minus 10°F, itu isyarat jelas kewujudan entiti paranormal di kawasan sekitar.


Mari kita teliti gambar dirakamkan oleh team ini.










Gambar sama di paparkan dalam bentuk night vision dan heat sensor mode.


Ketika rakaman dibuat, tiada sebarang objek kapal terbang melintas di ruang udara di atas blok kami tinjau. Lebih ganjil, entiti berwarna putih itu kelihatan 'dibasahi' warna merah di bahagian kelihatan seperti kepala, hujung kanan.


Untuk rekod, antara 48 mangsa terkorban dalam tragedi 11 Disember 1993, bayi berusia 6 bulan dan warga emas, 76 tahun. Kru 666 tidak berhasrat membuat sebarang spekulasi berhubung identiti entiti terbabit tetapi kepada pembaca beragama Islam untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada semua mangsa beragama sama maut dalam kejadian ngeri itu.


Al-Fatihah.