PUTRAJAYA - "Betul ke ini baju untuk pertandingan One Silat yang kononnya melibatkan jaguh silat dari seluruh dunia?"
Demikianlah pertanyaan netizen yang menganggap uniform One Silat ini tidak mencerminkan imej silat itu sendiri. Sesekali netizen juga menyelar idea pereka pakaian seperti ini hanya bertujuan menampakkan apa yang tidak sepatutnya dinampak.
"Kenapa dah macam K-Pop dan Power Rangers dah ni? Mana pergi busana Melayu yang sepatutnya menjadi imej seni bela orang Melayu ni?
"Sekurang-kurangnya kekalkanlah baju uniform silat sebelum ini. Ini pertandingan seni bela diri, bukan pertandingan menari," kata individu berkenaan.
Selain itu, netizen beranggapan uniform ini besar kemungkinan bertujuan menunjukkan 'aset' siapa yang lebih besar berbanding skill silat masing-masing.
Dengan gaya uniform ini, sememangnya sudah hilang adat ketimuran.