[VIDEO] #LundangToNewcastle - Kisah Cinta Jarak Jauh Aadil Marzani - Nik Nurul Athirah

#LundangToNewcastle - Kisah Cinta Jarak Jauh Aadil Marzani - Nik Nurul Athirah

#LundangToNewcastle adalah merupakan hashtag untuk sebuah video pendek yang menceritakan kisah benar cinta jarak jauh antara dua insan iaitu Aadil Marzani dengan Nik Nurul Athirah. Pembikinan video ini dihasilkan menerusi temuramah sebenar antara Aadil Marzani, keluarga dan sahabat handai terdekat dan keluarga Nik Nurul Athirah sendiri.


Ini merupakan video komersil MAS yang menampilkan simbolik bagaimana MAS masih lagi sebuah entiti penerbangan yang penting untuk menyatukan dua jiwa yang terpisah jauh. Ia bukan hanya sebuah kisah cinta biasa antara jejaka Melayu lagi kacak dilahirkan di London dengan gadis bergelar doktor yang menetap di  Kota Bharu, Kelantan. Ia juga menceritakan bagaimana seorang lelaki berketurunan Melayu dilahirkan di London cuba kembali ke 'tanah tumpah' asal dirinya yang sebenar.
#LundangToNewcastle - Kisah Cinta Jarak Jauh Aadil Marzani - Nik Nurul Athirah


Satu yang menariknya ialah pengunaan hashtag #lundangtonewcastle untuk tajuk video ini yang pada saya sangat unik - seolah ia satu ketentuan bahawa dua jiwa ini disatukan dengan kukuhnya MAS sebagai penghubung dua benua.

Maksud #LundangToNewcastle


Oh ya, mulanya saya ingat Lundang itu adalah tempat lahir Nik Nurul Athirah, dan Newcastle itu merupakan tempat tinggal Aadil Marzani .. rupanya salah sama sekali!


Lundang di sini bererti London, dan Newcastle di sini bererti Kota Bharu.


Meh layan video drama pendek #LundangToNewcastle dan lihat bagaimana akhirnya cinta Aadil Marzani dan Nik Nurul Athirah disatukan walaupun mereka asalnya berada jauh merentas benua.










SUMBER