30 Minit Menangis Di Sisi Nenek




TUMPAT - Gambar seorang bayi lelaki berusia setahun menangis hampir 30 minit di sisi neneknya yang pengsan selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, tengah hari semalam, tersebar meluas di laman sosial.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari itu, Mohd Ikram Safuan mengalami kecederaan di bahagian kepala, neneknya pula, Faridah Hamid, 35, cedera ringan dan dihantarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.


Lapor Berita Harian, Faridah yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumahnya, Tak Bai, untuk menghantar cucunya pulang ke Kampung Kedai Buloh.


Malangnya, sebaik tibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dilanggar oleh sebuah kereta menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan Faridah pengsan serta merta di lokasi kejadian.


Ibu bayi, Nurul Shakila Mahilis, 13, hanya mengetahui kejadian itu pada jam 5 petang setelah dimaklumkan oleh abang iparnya.


"Saya yang terkejut terus bergegas ke hospital. Alhamdulillah, ibu serta anak saya hanya cedera ringan, namun mereka masih dalam keadaan terkejut.


"Mohd Ikram cedera pada kepala dan bahu kiri, manakala ibu saya cedera ringan dan sudah sedarkan diri. Namun ibu masih terkejut dan tidak mampu menceritakan apa yang berlaku," katanya.


sumber