
KUALA  LUMPUR - Setelah lama tidak mencetuskan amarah umat Islam di negara ini, blogger  sek-s yang sendu, Alvin Tan, kembali memuat naik kenyataan berbentuk provokasi  dan kali ini muslimah pula yang menjadi mangsanya.
Alvin mempertikaikan  mengapa golongan muslimah memakai baju lengan panjang, seluar panjang ketika  berjogging atau berenang di kolam renang. Dakwanya, mereka saja mahu menunjuk  alim tak bertempat.
"Yang saya tak faham, kenapa para muslimin bila  berenang kat water park ataupun berjogging selalu pakai baju lengan panjang dan  seluar panjang, siap dengan tudung dan topi sekali?
"Dalam cuaca panas  gila ini pun nak tunjuk alim? Lawak betullah. Orang lihat macam  bodoh!
"Gunalah sikit otak itu. Bila ada cahaya matahari terik,  kelembapan tinggi, kelompok orang ramai, dalam tudung itu apa  jadi?
"Kutu-kutu, peluh, minyak kepala, kelemumur, rambut kotor  berselerak, bau makanan/dapur, dan lain-lain, semua macam distim dalam ketuhar.  Busuk, pengotor, jijik. Tak lain sangat dengan ko-nek tak  sunat!
"Seriously man, jogging with long sleeves and long pants and  tudung plus cap! What the fu-ck are they thingking?!" katanya.
Walaupun  begitu, ada segelintir individu yang berbangsa Cina mengecam status lelaki  itu.
"All muslim in this comment, saya minta maaf kepada you all. Not all  Chinese like this. Maybe si Alvin ini tak ada kawan malay, that why update  status bodoh macam ini. Saya rasa dia nak sangat famous kot. Pape pun hope you  all jangan salah anggap terhadap all Chinese.
"Ada Chinese yang baik dan  hormat agama lain juga dan I know muslim berpakaian begini untuk menutup aurat  dan one more thing, muslim memang cukup menjaga kebersihan. Pagi-pagi buta dah  mandi, air sejuk pula tu. I satu rumah dengan muslim time at asrama. That why I  know how muslim life. Gob bless," kata Winnie Soh yang mendapat 20,098  like.
Selain Winnie, ramai lagi yang tampil mempertahankan kaum muslimah  daripada dihina oleh Alvin. 
