Nampaknya isu kekecohan yang berlaku semalam di kawasan Plaza Low Yat Bukit Bintang Kuala Lumpur telah menarik perhatian pendakwah terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini.
Jika kita lihat di dalam video yang tersebar menunjukkan terdapat ramai incividu melaungkan "Allahhuakbar" sambil memukul orang.
Menurut beliau, jika terdapat kes penipuan yang dilakukan maka buatlah laporan kepada tribunal tuntutan pengguna atau memulaukan sahaja kedai terlibat jika benar peniaga di situ kerap menipu.
“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat.
“Malah jika benar mereka kerap menipu, boikotlah sahaja,” katanya.
Beliau juga menasihatkan umat Islam supaya tidak melaungkan takbir dengan sewenang-wenangnya seperti waktu sedang melayan nafsu amarah.
“Pergaduhan dan kebencian akibat dari hal duniawi semata-mata tidak layak dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam,” katanya.
Berikut adalah tulisan penuh beliau: