GILA dan melampau.. seorang bayi perempuan berusia tiga bulan disyaki menjadi mangsa cabul oleh seorang lelaki ketika berhari raya di sebuah rumah milik saudaranya di Kampung Rhu Muda, Marang, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikatakan ditinggalkan sebentar di rumah saudaranya ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai berhampiran.
Menurut seorang sumber, ibu mangsa hanya menyedari kejadian itu ketika mahu memandikan anaknya pada keesokan hari kiri-kira jam 8.30 pagi di rumahnya yang terletak di Kampung Binjai, Kemaman.
“Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.
“Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, ibu mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Chukai.
Susulan itu, suspek yang baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) telah ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Muda, kelmarin.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Pihak polis juga masih menunggu laporan lengkap pemeriksaan daripada pihak hospital