'Cepatlah Terjun!'








SHENYANG - Seorang wanita yang cuba membunuh diri terjun dari tingkap bangunan dari tingkat 10 selepas didorong berbuat demikian oleh orang awam termasuk penduduk di bangunan berkenaan di bawah yang menyaksikan kejadian itu.


Lapor ET Today, orang awam yang melihat kejadian itu sebaliknya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Sebaliknya mereka memanggil rakan-rakan mereka datang segera menyaksikan kejadian itu.


"Datang cepat! Tengok ada orang cuba nak bunuh diri. Menarik giler!"


"Cepat terjun! Aku dah bosan nak tunggu kau terjun!" kata salah seorang dari mereka.


Wanita yang berpakaian separuh bogel itu bagaimanapun terjun dari ketinggian 10 tingkat dan maut serta merta di tempat kejadian.


Menurut saksi, tampil seorang lelaki berdiri di sebelah mayat mangsa dan menangis meratapi kematian mangsa.




Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menahan lelaki itu yang mengaku bahawa dia ada bersama dengan mangsa sebelum kejadian itu.


Jelasnya, dia cuba memujuk mangsa agar tidak bertindak bodoh dan cuba menarik mangsa dari tingkap sebelum terjatuh, tetapi gagal.


Sementara itu, netizen mengecam tindakan orang awam yang langsung tidak membantu.


"Kalau perempuan itu ibu atau kakak kau orang, adakah kau akan buat perkara (mendorong) yang sama?"