Bawa Mayat Mangsa 'Ditelan' Eskalator Pusat Beli Belah




CHINA - Mayat seorang wanita yang maut 'ditelan' eskalator baru-baru ini, dibawa ke pusat beli-belah berkenaan bagi menuntut pihak terbabit bertanggungjawab terhadap insiden itu.


Video berdurasi 36 saat itu tersebar di laman sosial dan dikatakan berlaku pada Selesa.


Menurut sumber, selepas berlakunya insiden yang tidak diingini itu, pihak berkenaan tidak mahu bertanggungjawab menyebabkan waris mangsa bertindak membawa mayat mangsa kembali ke bangunan itu.



Bagaimanapun, pihak pengurusan pusat beli-belah itu telah mengambil tindakan dengan mengupah beberapa lelaki mengangkat mayat dan keranda mangsa itu keluar dari bangunan berkenaan.


Kejadian itu disaksikan oleh ramai pengunjung yang juga sesekali membaling beberapa objek yang dipercayai botol air bagi menghalang mayat wanita itu diusung keluar. -