
KUALA LUMPUR: Seorang ibu kepada budak lelaki berusia 6 tahun berharap mahkamah menyumbat lelaki yang meliwat anaknya ke penjara secepat mungkin.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Beliau berasa amat sedih dan marah apabila mengetahui Adam Shafiq Maliq Faisal yang juga seorang penganggur telah meliwat anaknya.
"Saya berharap mahkamah dapat menjatuhkan hukuman penjara yang lama kepada tertuduh agar beliau tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak lain," kata ibu berusia 30 tahun itu selepas mendengar bacaan di Mahkamah Sesyen semalam.
Kenyataan tersebut dibaca selepas Adam Shafiq, 27, mengaku bersalah meliwat seorang budak lelaki di rumahnya di PPR Desa Tun Razak di Cheras sekitar jam 1.30 petang hingga 2 petang pada 5 Ogos lepas.
Ibu kanak-kanak tersebut berkata, anaknya kini trauma dan enggan pulang ke rumah selepas insiden tersebut.
Hakim Mahkamah Session, Datin M. Kunasundary menajatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan 6 kali sebat.
Sebelum menjalani hukuman, Adam Shafiq yang tidak diwakili peguam, berkata beliau telah bertaubat dan sedar tindakannya salah di sisi agama.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas