Dinner in the Sky Kuala Lumpur merupakan tarikan terbaru untuk warga kota merasai pengalaman makan malam di udara.
1. Kuala Lumpur dipilih menjadi tuan rumah pertama di rantau Asia Tenggara.
Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara untuk menjadi tuan rumah Dinner in the Sky di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, menjanjikan pemandangan ikon Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang memukau.
2. Diasaskan di Belgium pada Mei 2006 menggunakan kren untuk menjamu pelanggan pada ketinggian 150 kaki di udara.
Dinner in the Sky diasaskan di Belgium. Ia merupakan satu pengalaman makan malam yang lain dari yang lain pada ketinggian 150 kaki di udara bagi memberikan birds-eye view sekitar bandar yang sangat menakjubkan. Majalah Forbes pernah menggelarnya sebagai salah satu restoran paling luar biasa di dunia.
Ia bermula pada bulan Mei 2006 dan setakat kini telah diadakan lebih 5,000 kali di 40 bandar raya seluruh dunia! Antara lokasi ikonik termasuk di Las Vegas, Marina Dubai, pantai Copacabana, teluk Cape Town dan banyak lagi.
3. Dianjurkan oleh sebuah syarikat pengurusan acara, 2Spicy Entertainment yang berpusat di Kuala Lumpur.
2Spicy Entertainment merupakan perancang dan pengurus acara yang komited dalam membangunkan acara inovatif demi memenuhi matlamat pelanggan.
“Sama ada ia adalah majlis korporat atau peribadi, kami berjanji untuk menghasilkan satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan untuk semua pelanggan kami, melalui perancangan yang berkesan digabungkan dengan dedikasi krew bermotivasi kami,” kata 2Spicy Entertainment.
4. Majlis grand launch pada 2 Ogos lalu dihadiri oleh ramai orang ternama termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Datuk K, Datuk Lee Chong Wei, Amber Chia, dan ramai lagi.
5. Hanya pelanggan berumur 18 tahun ke atas dengan ketinggian minimum 145cm dan berat maksimum 150kg sahaja yang dibenarkan masuk.
Tetamu mesti berada dalam kesihatan yang baik dan bebas daripada masalah sakit belakang, sakit leher, patah tulang, pembedahan yang baru dijalankan, dan tekanan darah tinggi. Wanita mengandung juga tidak dibenarkan untuk merasai pengalaman Dinner in the Sky.
6. Menempatkan 22 orang dalam satu masa dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk sesi makan malam, dan 45 minit bagi sesi dessert.
7. Menyajikan hidangan western yang Halal beserta pilihan vegetarian bagi penggemar sayur-sayuran. Bagi pencuci mulut pula, terdapat pilihan minuman cocktail dengan kandungan alkohol.
Tarikh: 1- 31 Ogos 2015 (Acara 1 bulan dengan 3 waktu makan malam setiap hari)
Tempat: Tempat letak kereta Menara Kuala Lumpur
Masa:
Makan malam 1, 6:30 pm
Makan malam 2, 8:30 pm
Makan malam 3, 10:00 pm
Dessert 1, 11:30 pm
Dessert 2, 12:30 am
9. Harga bagi satu tempat duduk ialah RM599 dan telah HABIS DIJUAL dalam masa 2 hari sahaja selepas dilancarkan pada 9 Julai 2015!
Dinner in the Sky di Beirut, Lubnan.
10. Tetapi, masih ada harapan.
Cepat sebelum terlambat.
Sumber: Says.com