
Aku pernah bertunang dengan orang Batu Pahat. Tetapi,  tunang aku senyap tiba-tiba. Mesej tak balas, panggilan telefon tak jawab.  Katanya tengah serabut dan mahu diberikan masa untuk bersendirian.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Aku  hormat permintaan dia dan biarkan dia selesaikan masalah sendiri. Tetapi,  kadang-kadang aku WhatsApp tanya khabar berita. Itu pun sekali saja, dan dia  tidak pernah membalas mesej itu.
Suatu hari, dia cakap nak datang ke  kampung aku bercuti sehari dua. Aku dengan gembiranya setuju dan berkata akan  bawa dia jalan-jalan.
Hari pertama, aku bawa dia jalan-jalan, pergi  karaoke semua, pergi masjid. Hari kedua, tangan dia menggeletar menghulur kad  kahwin dan cincin pertunangan kami pada aku.
Kau orang boleh bayangkan  tak macam mana perasaan bila tunang sendiri menghulurkan kad kahwin dia yang  seminggu lagi nak berlangsung?
Aku bersabar. Dia menjelaskan, dia mahu  berkahwin untuk menggelakkan dia dan bakal suami dia terus berdosa. Mahu tak  mahu, aku melepaskan ikatan pertunangan kami dengan hati yang rela.
Yang  menariknya, aku pergi kenduri kahwin dia dengan keluarga aku. Aku mendapat tahu  yang suami dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Lelaki itu juga telah  membeli rumah dan kereta untuknya serta setup sebuah syarikat untuk dia  jalankan. Dan bertambah menarik, lelaki itu sebenarnya adalah bekas teman  lelakinya.
Dan pada masa itu barulah aku tahu, kawan-kawan dia yang juga  kawan-kawan aku memaklumkan ketika dia datang ke kampung aku untuk menyerahkan  kembali cincin pertunangan itu, dia telah pun bernikah dengan bekas teman  lelakinya pada masa itu.
Antara kesilapan aku ialah aku tidak pernah  memarahi dia. Aku tidak pernah menghalang dia untuk berkawan dengan sesiapa pun  dan aku tak pernah meminta dia memutuskan silaturrahim dengan bekas teman lelaki  dia bilamana dia kata lelaki itu mesej dia.
Itulah kesilapan  aku.
Saya kongsikan cerita ini bukan berniat mahu mencari publisiti  murahan. Jauh sekali dari berniat seperti itu. Saya tahu saya tidak handsome,  tidak kaya dan tidak popular. Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Takdir Allah  tetap berjalan, jadikan setiap perjalanan hidup sebagai ilmu utuk kita  memperkemaskan syariat dan hakikat kita sebagai hambaNya. Untuk orang Batu  Pahat, saya minta maaf, tidak berniat untuk memburukkan orang Batu Pahat. -  Drake Fang
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)