Gosip Uqasha Senrose

kenapa uqasha senrose padam gambar syafiq kyle dalam instagram

Kenapa Uqasha Senrose Padam Gambar Syafiq Kyle Dalam Instagram?


KUALA LUMPUR, 30 MAC 2015: Nama pelakon jelita Uqasha Senrose tidak habis-habis dihimpit dengan kontroversi. Selepas hubungan cintanya bersama Pekin Ibrahim berakhir di tengah jalan, nama Uqasha dikaitkan dengan pelakon Tanah Kubur, Syafiq Kyle dan mereka kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta.
Namun begitu, kebelakangan ini banyak pula Murai Batu dengar isu panas yang timbul membabitkan pasangan ini. Uqasha kini didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang anak hartawan yang juga merupakan kekasih seorang pelakon baru.
Selain itu, terdengar pula perkhabaran yang Uqasha kini sedang menjalin cinta dengan aktor baru, Ben Ali. Tidak cukup dengan itu, timbul pula isu Syafiq yang dituduh memukul Uqasha sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian wajah.
Murai Batu pun ada tinjau-tinjau akaun Instagram milik Uqasha. Terkejut Murai Batu dibuatnya kerana tiada langsung gambar Syafiq dalam Instagram milik gadis itu. Sebelum ini, setahu Murai Batu, banyak saja gambar mereka berdua dimuat naik oleh Uqasha dalam akaun Instagram miliknya.
Apakah sebab Uqasha memadam gambar mereka berdua dalam akaun Instagram miliknya? Adakah hubungan mereka betul-betul dilanda masalah seperti yang didakwa? Hanya Uqasha dan Syafiq sendiri yang mempunyai jawapan terhadap persoalan tersebut.
Murai Batu harap agar hubungan mereka berdua baik-baik sahaja dan jika benar ada masalah yang melanda, Murai Batu doakan masalah itu segera selesai. Ramai yang tak sabar mahu menunggu Syafiq dan Uqasha mengakhirkan zaman bujang masing-masing.