
PASIR  MAS: Tindakan seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis cuba  merompak sebuah rumah di Rantau Panjang telah menerima padah apabila dia telah  berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Memetik laporan BH Online,  penduduk kampung yang marah telah bertindak memukul suspek menyebabkannya patah  tulang rusuk, cedera di muka dan turut dibogelkan.
Dalam kejadian jam  9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan  memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah  dan penduduk.
Suspek kemudiannya dicekup dan dipukul penduduk kampung   sebelum ditelanjangkan dan diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis  Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan  kesemua suspek sudah ditahan.
Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai  anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan  jenayah.
   ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)