Di bawah seperti yang dikongsikan dari blog SajaKongsi, adalah senarai 6 jenis makanan unik dan kreatif yang dicipta oleh Rakyat Malaysia.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Kredit: Shasheela Rizqi
Cantikkan roti canai ni dengan macam-macam warna ada. Melalui info yang dikongsikan, setiap warna mempunyai rasa yang berlainan:-
Biru: Perisa Vanila
Hijau: Perisa Pandan
Kuning: Perisa Pisang
Lokasi kedai ini terletak di Kampung Mak Lagam, Kemaman, Chukai, Terengganu. Sekali sekala bolehlah cuba roti canai meriah ni sebab dia punya perisa yang sangat menarik seperti vanilla.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
2. Karipap Inti Bihun
Kebiasaannya, bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga turut digunakan. Tetapi bagaimana pula rasanya apabila bihun dijadikan sebagai inti karipap? Ramai yang cakap karipap jenis ni memang popular dekat Sabah. Kombinasi yang sangat menarik dan kreatif.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
3. Popia Pisang
Terliur kan tengok popia pisang ni? Hihi. Biasanya popia yang kita makan tu digoreng dengan sayur dan dibalut dengan kulit popiah serta dicicah dengan sos. Tapi resipi popia pisang ini sangat unik sebab ianya cepat, mudah dan murah. Anda tak perlu cicah dengan apa sos pun sebab makanan ni dah memang manis.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Belalang goreng ini agak popular dan banyak kali kita pernah dengar, cuma tak pernah lihat sahaja. Ada yang digoreng dan ada juga yang menggunakan santan untuk lebih sedap. Anda berani cuba tak?
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Siapa sini pernah makan landak? Mesti “scary” kan? Landak? Tajam-tajam tu ? Sedap ke?. Yelah kalau biasa yang kita selalu makan pun rendang ayam dengan daging je kan. Ramai yang suka daging landak ni. Kata mereka daging landak lebih sedap dari daging ayam tetapi cuma liat sedikit sahaja. Ada yang digoreng, dibuat rendang dan juga dimasak lemak. Macammanalah rupanya kulit landak yang tajam-tajam tu dibuat rendang.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Kreatif betul rakyat Malaysia ni. Tahulah dah ada aiskrim pasu tapi takkan semua benda nak dipasukan?sumber
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)