Siapa kata saya kuat saya tak kecewa? Hati bagaikan dirampas. Saya bekerja sama gagah keringat lelaki, terabai diri sendiri. Saya buat permasangan aircond dan wiring. Saya turun bekerja sekali bukannya bos goyang kaki. Boleh rasa tak apa yang saya rasa? Saya berdiri di depan cermin dan tengok diri saya. Kulit penuh lebam-lebam, tangan banyak luka-luka kecil, badan kurus kering terasa kasar kulit tangan.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Masa itu, saya terduduk menangis sekuat-kuat hati. Kejamnya seorang suami, terlalu kejam! Pengorbanan saya dibalas dengan kecurangan. Saya diam bila hak-hak saya dan anak terabai. Sebaliknya saya pula menghulur duit poket untuk dia. Ya, kecewa itu perlu, menangis itu juga perlu untuk melepaskan segala apa yang ada di dalam hati. Tetapi kecewa tidak perlu berpanjangan, cukulah sekadar seminggu menangis, meraung dan meratap selebihnya. Belajar redha, berhenti bertanya kenapa, mengapa dan kalaulah. Ubah kepada;
"Ya Allah, ini ketentuan dariMu. PerancanganMu lebih baik. Engkau lebih mengetahui, memberi aku kesabaran untuk berjalan di setiap dugaanMu. Tersenyumlah semua akan menjadi indah suatu masa nanti,"
Saya dan dia jauh berbeza. Saya tidak sosial tetapi dia bergaul tanpa batas. Saya dulu tidak bertudung. Saya pun seksi juga tetapi sampai bila saya nak terus tersesat?
Ingat lagi Mei 2014, saya beritahu dia yang saya nak bertudung. Saya tanya dia dan dia jawab okay. Saya tahu dia tidak ikhlas sebab dia suka yang seksi, hot dan bergaya. Tetapi saya teruskan niat saya. Umur semakin meningkat, anak semakin membesar dan saya perlu berubah. Di setiap doa, saya memohon jika dia bukan yang terbaik untuk agamaku, masa depanku dan anak-anakku, Engkau jauhkanlah dia dari hidupku.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
Peluang, beribu kali sudah diberi tetapi berubah hanya untuk empat bulan. Tipu kalau kata saya tidak sayangkan dia. 8 tahun saya terima semua keburukan dia, dari mula kahwin sampai ke hari ini tidak terkira curangnya. Tidak terkira perempuannya dan tidak terkira di tangan dan di kakinya kalau orang lain mungkin sudah lama angkat kaki. Tetapi saya memilih untuk terus memberikan peluang sampai ke tahap saya sudah tidak boleh terus berlembut. Kalau saya tidak menolong diri saya keluar dari masalah ini, siapa lagi yang akan menolong saya?
Keluarga. Kalau ada ahli keluarga yang dalam dilema, berilah dorongan dan jangan dihina atau dikeji. Itulah kekuatan yang ada nasihat untuk kebaikan. Keluarga saya tidak pernah jemu memberikan kasih sayang dan dorongan yang menjadikan saya lebih tabah dan kuat.
Untuk isteri-isteri, jika ada masalah, cubalah bangun tahajud. Renung mana yang salah sendiri, muhasabah diri, akan terjumpalah jawapan dan kesilapannya. Saya memang sudah tidak percayakan dia lagi. Saya garang, garang kerana selalu diperbodohkan dan saya banyak marah kerana mahu dia menjadi lebih baik serta tinggalkan yang tidak baik.
Yang baik ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran. Kalau ada yang tidak baik, maafkan saya. Saya manusia biasa bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi sharing is caring, pengalaman mematangkan isteri. Bertabahlah, bersabarlah jika hak-hak kamu diseleweng dan untuk perampas, keep calm dan don't give up + keep it up. Kirafah dosa itu pasti. Saya sudah merasa, pasti kamu juga akan merasa melainkan dia betul-betul insaf. Bukan insaf mainan di mulutnya sahaja. Saya lebih mengenalinya baik dan buruk. - Nelli
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)