Jam Penampar, Khas Untuk Mereka Yang Susah Bangun Tidur

jam

Seorang wanita di sini mencipta sebuah jam penggera yang boleh mengejutkan seseorang yang sedang tidur dengan menampar mukanya baru-baru ini.

Simone Giertz, 25, yang merupakan peminat robot mencipta mesin yang dipanggil Mesin Bangun Tidur itu di rumah terapungnya menggunakan jam penggera tradisional dengan lengan getah bermotor yang dilekatkan pada dinding.

Jam yang diletakkan berhampiran katil akan menampar muka individu yang sedang tidur berulang kali menggunakan lengan bermotor itu apabila penggera dimatikan.

Melalui satu rakaman video yang dimuat naik di laman kongsi video, YouTube, Giertz menjelaskan bagaimana untuk menggunakan mesin yang agresif terbabit dan berkata dia mendapat idea itu daripada tangan palsu berdarah yang digunakan untuk festival Halloween.

Dia telah menghilangkan darah pada lengan getah itu kerana berpendapat terjaga dari tidur akibat ditampar sudah cukup menakutkan.

“Jam yang amat diperlukan oleh setiap orang,” komen seorang pengguna internet. – AGENSI