Seleweng Dana RM100 juta: Pegawai KBS Ditukar Kementerian


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pegawai Kanan Kementerian Belia Sukan (KBS) yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam penyelewangan danan RM100 juta dipindahkan ke kementerian lain.

Perkara itu dimaklumkan oleh menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi satu surat yang dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan segera.

"Saya minta Ketua Setiausaha saya tulis kepada Jabatan Pekhidmatan Awam untuk keluarkan perintah tahan kerja dibawah peraturan-peraturan  pegawai awam.

"Maksudnya, dia dipindahkan keluar dari KBS. Dia tidak digantung tugas tetapi dipindahkan dari kementerian," ujarnya sebagaimana lapor Astro Awani.

Individu tersebut kini ditahan SPRM untuk siasatan lanjut. - Siakapkeli.my