GAMBAR & VIDEO: Pesanan Imej Tayar Terbesar Di Dunia Luah Rasa Rindu Anak kepada Bapa Di ISS



NEVADA, Amerika Syarikat: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah berjaya mencapai impiannya menghantar nota gergasi kepada bapanya yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Impian Stephanie ini telah direalisasikan oleh syarikat pengeluar kereta gergasi Korea Selatan di mana 11 kereta jenis Hyundai bagi menulis ‘Steph Loves You’ di Tasik Kering Delamar, Nevada yang seluas 5,6 juta meter persegi sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record sebagai imej tayar terbesar.

“Membuat panggilan jarak jauh tidak mencukupi, maka saya hantar nota maya sebagai tanda rindu kepadanya,” kata Stephanie.



Kereta Hyandai itu bergerak seiringan sambil dipandu berpandukan GPS untuk membentuk satu tulisan besar yang terbaik si atas permukaan tasik kering tersebut.

Menerusi kempen Hyundai, New Thinking itu membolehkan bapa Stephanie mengambil gambar dari angkasa lepas menggunakan kamera digital. - Siakapkeli.com.my


Sumber: