Gempa 6.1 magnitud landa perairan Greek



ATHENS: Gempa dasar laut berukuran 6.1 magnitud melanda timur Pulau Crete, Greek di Laut Mediterranean hari ini namun belum ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gegaran berpusat di 20 kilometer di bawah paras laut, 50km di timur Crete di lingkaran Cretan-Rhodes, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Gempa susulan turut berlaku beberapa minit selepas gempa pertama berlaku di kawasan sama, kata USGS.

Pusat Pemerhati Gempa Athens berkata, gegaran pertama yang berlaku jam 6 petang waktu tempatan turut melanda beberapa pulau kecil lain di Kassos.

Ketua Pertahanan Awam Crete, Marinos Patakos, berkata gempa itu menyebabkan penduduk panik dengan meninggalkan kediaman masing-masing dan berkumpul di jalan raya di bandar utama pulau itu di Heraklion. - AFP


Sumber: