Google Mohon Maaf Papar Imej Tidak Sesuai (Gambar)


GERGASI enjin carian, Google memohon maaf selepas sebuah foto yang menunjukkan ‘imej biadap’ dikesan di laman Google Map, Jumaat lepas.


Menurut Washington Post, kejadian tersebut disebabkan oleh kegagalan pihak Google untuk memantau kandungan yang diberikan oleh pengguna (user) Google Map.

“Kami memohon maaf atas kandungan tersebut. Kami akan membuangnya segera.

“Kami juga mendapat pengajaran dari insu tersebut, dan kami akan memperbaiki cara untuk mengesan, mengelak dan menguruskan kandungan tidak elok,” kata jurucakap Google, Mara Harris dalam sebuah email.

Imej tersebut sebelum ini dikesan selepas pelayar membuat carian di Google Map berkenaan Adala, Pakistan.

Sumber: SinarHarian

Sumber: