Pagi tadi menjadi viral dilaman sosial dimana tersebar sebuah video menunjukkan seorang lelaki telah bertindak kurang ajar apabila menendang seorang warga emas sehingga beliau jatuh ke belakang.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah gerai makanan masakan Thai dimana lelaki yang hanya dikenali sebagai nama Pian telah bertindak diluar batas menyebabkan kecederaan kepada warga emas tersebut.
Kejadian berpunca daripada anak pemilik restoran tersebut yang menagis menagdu dia dipukul oleh pak cik tersebut.
Pian telah bertanya kepada pak cik itu dan beliau mengangguk kepala tanda melakukan perkara tersebut menyebabkan Pian naik angin dan menendang pak cik tersebut tanpa belas kasihan.
Bagaimana pun selepas kejadian tersebut yang dikatakan berlaku hari jumaat lalu, Pian telah tampil meminta maaf kepada pak cik tersebut dan beliau amat menyesali dengan apa yang dilakukkannya.
Menurut sumber seperti yang dilaporkan dari portal SiakapKeli, memberitahu bahawa ada pihak tertentu telah datang memukul Pian setelah kejadian tersebut. Sumber tersebut juga memberitahu Pian menangis selpas dia sendiri menyaksikan video dia memukul pak cik tersebut selepas merasakan dia terlalu kejam berbuat demikian.
Apapun dikatakan Pian akan sekali lagi memohon maaf dengan keluarga pak cik tersebut dengan pergi ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga sekali.
Dari video permohonan maaf itu, kelihatan tangan pak cik tersebut masih sakit kerana kejadian tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera…Info yang Sk terima berkenaan dengan pak cik yg dipukul tu.. Mereka berdua telah…
Posted by Siakap Keli on Sunday, April 26, 2015