Nelayan asing rebut peluang diselamatkan



Benjina: Ratusan nelayan asing semalam merebut peluang untuk diselamatkan dari sebuah pulau terpencil, tempat dilaporkan berlaku perhambaan dalam industri perikanan.

Pegawai Indonesia yang melakukan siasatan selepas Associated Press membongkar kegiatan itu, menawar untuk membawa mereka keluar dari pulau itu kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Berita mengenai usaha menyelamatkan mereka tersebar serta-merta, menyebabkan warga Myanmar dan Kemboja itu berebut-rebut mengambil peluang berkenaan.

Ada di antara mereka sanggup meredah hujan.

Nelayan warga Thai bagaimanapun kekal di pulau itu kerana kebanyakan tekong bot di situ warga Thai.


Sumber: