Video: Muzik Malaysia Pukau Kesemua Juri Asia Got Talent!



Program mencari bakat terbaik seluruh dunia nampaknya sudah bermula di Asia melalui rancangan Asia Got Talent musim pertama sudah mula terasa kehangatannya selepas bersiaran menerusi saluran AXN Asia.

Rancangan yang bermula dengan America Got Talent telah melebarkan pencatiannya ke Asia yang menyaksikan ramai penduduk Asia mencuba nasib.

Program yang dinilai  oleh empat juri profesional yang merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan dunia.

Mereka adalah Pemenang Anugerah Grammy David Foster, salah seorang anggota Spice Girls iaitu Melanie C, penyanyi popular Indonesia, Anggun Cipta Sasmi dan penyanyi Taiwan, Vanness Wu.

Di sebalik kerancakan rancangn ini, terdapat satu kumpulan dari Malaysia telah membanggakan kita apabila menadapa tpujian ramai dan pujian daripada para pengadil iaitu kumpulan Sada Borneo.



Mengetengahkan peralatan muzik tradisional dengan alat muzik moden, alunan yang berjaya di kolobrasikan amat menarik dan merdu.

Ternyata berjaya menarik minat  David Foster yang dikenali sebagai agak cerewet dalam pemilihan dalam mana-mana rancangan mencari bakat baru.

Kumpulan Sada Borneo berjaya menadapat empat "Yes' dari keempat-empat juri sekaligus berjaya melayakkan Sada Borneo ke peringkat seterusnya. - Siakapkeli.com.my


Sumber: