PERHATIAN!!! 10 Binatang Paling Berbisa Di Dunia



PERHATIAN!!! 10 Binatang Berbahaya Di Seluruh Dunia | Assalaamualaikum warahmatullai wabarakaatuh. Sangat susah untuk menyatakan yang mana satu binatang paling berbahaya di dunia. Adakah yang paling bertoksik? Adakah yang paling banyak membunuh manusia dalam setahun? Atau mungkin yang mempunyai paling banyak racun? Adakah binatang paling berbisa di dunia?

Seekor binatang yang berbisa mengandungi banyak bahan kimia yang dipanggil toksin dengan tujuan utamanya adalah untuk mempertahankan diri. Oleh itu, binatang-binatang berbisa ini memindahkan bisa dari tubuhnya dengan menyengat, menggigit atau mematuk.

Semua binatang yang berbisa sangat berbahaya. Ada yang boleh membunuh. Jadi, lihat gambar di bawah ini baik-baik supaya kita boleh mengecam binatang berbisa ini jika ditakdirkan ‘berjodoh’ dengan mereka. Jika berjumpa mereka, mereka boleh menjadi makhluk terakhir yang kita lihat di dunia ini.


Box Jellyfish (Sotong Kotak)


Sotong kotak pernah mencatatkan sekurang-kurangnya 5,567 kematian semenjak 1954. Bisanya adalah antara yang paling berbahaya di dunia. Toksinnya boleh menyerang jantung, sistem saraf, dan sel kulit.

King Cobra (Raja Ular Tedung)


Raja ular tedung adalah ular paling panjang dan paling berbisa di dunia. Dengan satu patukan oleh ular ini akan membunuh seorang manusia dengan senang sekali. Ular ini juga mampu membunuh gajah asia dewasa dalam masa tiga jam sahaja.


Marbled Cone snail (Siput Marmar Kon)


Siput marmar kon ini yang cantik ini boleh membunuh seperti binatang lain dalam senarai ini. Setitik sahaja bisanya yang sangat berkuasa diperlukan untuk membunuh lebih daripada 20 orang manusia.


Blue-Ringed Octopus (Oktopus Gelang Biru)


Oktopus Gelang Biru ini sangat kecil, hanya bersaiz seperti bola golf tetapi bisanya sangat kuat sehingga boleh membunuh manusia. Sebenarnya, ia mengandungi racun yang cukup untuk membunuh 26 manusia dewasa dalam beberapa minit dan bisanya tiada penawar.


Death Starker Scorpion (Kala Jengking Binatang Kematian)


Death Starker Scorpion ini adalah spesis yang sangat berbahaya kerana racunnya adalah neurotoxin yang ada pada ekornya yang boleh mengakibatkan kesakitan yang tidak terkata.


Stonefish (Ikan Batu)


Tiada kemungkinan Stonefish akan memenangi pertandingan kecantikan, tetapi mungkin ia mampu memenangi hadiah utama sebagai Ikan Paling Berbisa Di Dunia. Bisanya boleh menyebabkan kesakitan yang amat teruk dan mangsa mungkin akan rela jika bahagian yang disengat dipotong.


Brazilian Wandering Spider (Labah-labah Brazil Merayap)


Labah-labah ini merupakan labah-labaih yang paling berbisa dan ia banyak menjadi penyebab kepada kematian manusia. Labah-labah ini dipercayai mempunyai bisa neurotoksin yang paling kuat. Hanya 0.006mg diperlukan untuk membunuh seekor tikus.


Inland Taipan (Ular Pedalaman Australia)


Hanya satu patukan daripada ular berbisa dari Australia ini mengandungi bisa yang mencukupi untuk membunuh 100 manusia dewasa atau 25,000 tikus. Bisanya sekurang-kurangnya adalah 200-400 kali lebih berbisa daripada ular tedung biasa.


Poison Dart Frog (Katak Dart Beracun)


Katak ini mungkin adalah katak yang paling berbisa di dunaia. Katak dart sepanjang 2 inci ini mempunyai bisa yang mencukupi untuk membunuh 10 orang manusia atau 20,000 tikus. Katak dart beracun menyimpan bisanya di dalam kulitnya dan akan menyakitkan atau membunuh orang yang menyentuh atau memakannya.


Puffer Fish (Ikan Penampan)


Ikan ini adalah vertebra kedua paling berbahaya di dunia selepas katak dart. Mangsanya mati akibat daripada lemas apabila otot diaphram dilumpuhkan. Kebanyakan mangsa mati selepas 24 jam.

Ada yang comel dan ada yang menakutkan. Persamaan mereka adalah semua mereka sangat berbisa sehingga boleh membunuh. Teacher Muja berharap takkan diperjodohkan untuk bertemu mereka dalam hidup ini. Namun begitu, kita tetap tidak boleh membenci. Mereka tetap makhluk Allah yang ada sebab mengapa mereka wujud. Wallahu a’lam. Wassalaam.