WOOOWW..(6GAMBAR) Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Cantik


Wanita Korea Guna Terapi Sudu Jadikan Anak Gadisnya Cantik | Korea Selatan memang terkenal dengan pembedahan plastik yang boleh mengubah wajah wanita jadi cantik dalam masa yang singkat . Tapi seorang ibu mendakwa membuat wajah anaknya menjadi lebih cantik hanya dengan bantuan urutan dan sudu .

Seorang ibu di Korea Selatan mendakwa melakukan terapi sudu . Terapi sudu dilakukan dengan mengurut keseluruhan muka anaknya itu dengan menggunakan tangan dan sudu dari sejak kecil sehingga meningkat remaja sekarang . Akibat dari terapi sudu yang dilakukannya menyebabkan muka anaknya lebih kecil , dagu lebih tajam , mata yang besar dan wujudnya kelopak mata .

Kedua-dua ibu dan anak muncul dalam rancangan talks show , Martian Virus , di mana si ibu membincangkan tentang terapi yang dilakukan kepada anaknya sejak kecil yang mempunyai paras rupa yang bulat itu . Disebabkan bentuk muka anaknya bulat , dia menurunkan ilmu terapi yang dipelajari kepada anaknya .












Ibu mulakan rutin mengurut muka anaknya menjadi bentuk yang sesuai . Bukan itu sahaja , dia juga turut mengurut kaki anaknya supaya kaki terbentuk lurus dan panjang . Dia mendakwa bahawa rutin urut menyebabkan lipatan kelopak mata pada mata anak perempuannya – dengan mengurut mata anaknya itu dengan sudu sejuk selama dua puluh minit pada satu masa .
Menurut ibunya lagi , urutan bukanlah satu – satunya rahsia rutin kecantikan dilakukan , bagi memperbaiki kulit wajah , dia kerap memberikan mask yang diperbuat daripada kaki ayam . Ibu menegaskan dia melakukan banyak rawatan kecantikan yang dibuat sendiri dan langsung tidak melakukan pembedahan plastik .