Pihak Nepal Giat Cari Pelancong Malaysia Yang Hilang


PIHAK berkuasa Nepal giat meneruskan operasi bagi menjejaki seorang pelancong Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, 48 yang dilaporkan hilang ketika dalam penjelajahan merentasi laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal, Ahad lalu.


download


Dalam perkembangan terbaharu, pegawai kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah memaklumkan, usaha pencarian Lee mebabitkan seramai 15 anggota polis Nepal dan sekumpulan penduduk kampung serta tiga anjing pengesan.


Jelasnya, isteri Lee, Jennifer E Peters-Lee telah tiba di lokasi kejadian sejak pagi menaiki helikopter persendirian.


“Puan Jennifer juga telah membuat perancangan tambahan dengan mengambil perkhidmatan syarikat pengesan swasta yang mempunyai anjing pengesan terlatih sejak tiba di Pokhara semalam,” katanya.


Pada masa sama, risalah mengenai kehilangan pelancong Malaysia ini telah diedarkan di sekitar lokasi kejadian bagi membantu menjejaki Lee.


Lee bersama sekumpulan rakan lain sedang dalam satu ekspedisi mendaki  litar Annapurna di Nepal.


Bagaimanapun, kehilangannya hanya disedari oleh kumpulan pendaki lain setelah tiba di perhentian perkhemahan.


Lee dikatakan gemar merentas hutan-hutan Malaysia dan baru sahaja mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini.


– MYNEWSHUB.CC


Komen


comments