Shaheizy Sam sekali lagi telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Mungkin tidak kerap muncul di layar perak mahupun didalam drama bersiri, beberapa pihak mula mempertikaikan kemenangan Sam dan wujudnya spekulasi beliau mengundi diri sendiri untuk menang.
Saya percaya undian yang saya terima ini adalah daripada semua pihak bukan sahaja daripada peminat saya sahaja, ia benar-benar membuatkan saya terharu.Tiada benda yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka selain doa dan ucapan terima kasih.
Sam turut membawa pulang trofi menerusi Pelakon Filem Lelaki Popular dan hadiah utama sebuah kereta Toyoto Camry Hybrid sumbangan UMW Toyota Motors.
Ini bukanlah kali pertama Sam berjaya mengungguli gelaran Bintang Paling Popular dan pernah merangkul gelaran yang sama pada tahun 2010 dan 2012.