GEORGE  TOWN – Gara-gara sehelai bra merah, seorang lelaki akhirnya ditangkap kerana  terlalu obses terhadap pakaian dalam wanita.
Lelaki yang didakwa mencuri  lebih daripada 1,000 helai pakaian dalam wanita itu ditangkap oleh penduduk dan  pihak pengurusan dua blok kondominium berhampiran Jalan Masjid  Negeri.
Penangkapan itu juga menamatkan teka-teki mengenai insiden  kehilangan pakaian dalam yang berpanjangan di kawasan itu.
Pencuri  berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian di sebuah bilik yang disewanya di  salah satu unit kondominium terbabit.
Perbuatannya dikesan apabila dia  bertindak mencuri sehelai bra berwana merah yang digantung oleh seorang anggota  jawatankuasa kondominium itu berhampiran pagar dapur sebagai  umpan.
Tindakannya disedari seorang pengawal keselamatan yang kemudiannya  mengikut suspek ke unitnya.
“Kemudian kami panggil polis. Mereka masuk  dan mendapati coli merah tersebut ada padanya,” kata pegawai pengurusan  kondominium, yang enggan namanya disiarkan.
Bagaimanapun serbuan mereka  akhinya mengejutkan apabila melihat bilik lelaki itu dipenuhi dnegan bra, seluar  dalam, kain dalam dan anak baju wanita.
Selain itu polis turut menemui  pelbagai alatan yang mungkin digunakan untuk ‘memancing’ bagi mendapatkan  pakaian dalam berkenaan seperti batang penyapu, tiang boleh laras dan penyangkut  baju dawai.
“Barang-barang kepunyaannya sendiri diletakkan dalam kotak  kertas namun almari pakaiannya dipenuhi dengan pakaian dalam  dicuri.
“Pakaian dalam itu dilipat dengan begitu kemas. Malah cangkuk  pada bra yang dicurinya semua dikemaskan,” kata pengurus itu sambil memberitahu  bahawa polis telah menahan lelaki itu.
Katanya, dia menghabiskan banyak  termasuk berjaga lewat malam untuk mengesan pencuri itu melalui rakaman  CCTV.
Namun menurutnya pencuri itu cukup bijak kerana dia mengelak  melalui lif dan koridor yang dipasang dengan kamera.
Pihak pengurusan  kini dibebani dengan masalah baru iaitu apa yang perlu dilakukan dengan pakaian  dalam wanita termasuk kanak-kanak yang ditemui itu.
Barang ‘rampasan’ itu  diletakkan di luar pejabat pengurusan kondominium bagi memudahkan pemilik datang  menuntutnya.
Namun hanya beberapa orang tampil ke hadapan untuk membuat  tuntutan.
“Bra paling mahal yang dilaporkan dicuri adalah berharga  sekitar RM600,” kata pengurus itu. -