
PUTRAJAYA  - Seorang murid tahun satu, meninggal akibat diserang strok haba setelah disuruh  tidur oleh ibunya, demikian dakwaan seorang wanita di Facebook.
Laporan  kematian murid berkenaan telah mendapat 40,502 shares di laman Facebook dan  dapat dilihat gambar berkenaan trending semenjak 22 jam yang lalu.
"Ada  satu kes, seorang murid tahun satu kena stroke haba hanya kerana berpuasa dan  meminta untuk minum air pada petang itu. Tetapi ibunya menyuruh tidur dahulu.  Akhirnya anaknya tidur terus sampai bila-bila.
"Apabila dikenalpasti,  rupa-rupanya budak itu terkena serangan strok haba kerana cuaca terlalu panas  dan telah naik ke kepala dan air di dalam badan kurang.
"Motifnya di sini  ialah, janganlah kita terlalu memaksa anak kita berpuasa sampai tak bermaya.  Sedangkan paksa anak solat itu lebih wajib. Tambahan pula cuaca sekarang tak  menentu, bukan seperti cuaca zaman datuk nenek atau mak bapa kita  dulu.
"Strok haba ini sangat membahaya pada budak-budak. Ambil iktibar  dan jangan nanti menyesal tak sudah," katanya.
Bagaimanapun, tiada pernah  dilaporkan murid tahun satu meninggal dunia akibat diserang strok haba akibat  berpuasa.
Tinjauan di Facebook wanita itu juga mendapati, ramai pengguna  Facebook yang telah menghantar permintaan untuk menjadi rakan mayanya sebanyak  600+ permintaan.