
Hanya  kerana gelaran 'baby', seorang lelaki teruk dimaki hamun oleh seorang wanita  yang cemburu menyangka suaminya bakal dirampas orang ketiga  itu.
"Assalamualaikum cik dollah. Ini baby ni. Esok lepas encik habis  meeting saya nak jumpa encik ye,"
"wasalam. KEPALA HOTAK kau berbaby kat  mesej. Oh patotlah suami aku selalu balik lambat. Katanya meeting dengan client.  Client dengan CIK baby? Kau ni memang dasar perampas! Kau tunggu esok memang aku  ganyang kau. Bettina tak guna. SIAL!," balas isteri pegawai  berkenaan.
Fariz Badrol, memuat naik gambar screenshot mesej caci maki  dari wanita berkenaan di laman Facebook berserta dengan  penjelasannya.
"Kat office orang panggil aku baby sebab aku paling muda.  Termasuk pegawai ini dia panggil aku BABY. Jadi aku mesejlah pegawai ini untuk  ingatkan dia tentang esok. Tak tahu jadi macam ni. Isteri dia cemburu terlampau  kuat sampai aku kena hamun.

"Adoi  kak, saya lelaki. Adoi.. Tujuan upload, kepada isteri di Facebook ini janganlah  cemburu sangat. Mungkin suami-suami ada kawan nama baby. Jadi siasat dulu,  jangan nak ganyang orang kak. Saya lelaki," jelasnya.
Bagaimanapun, di  usia dah tua bangka + berbulu seperti ini amatlah tidak sesuai menggunakan  gelaran baby.
Berilah alasan seperti ini pun, si isteri tetap tidak akan  percaya kerana ianya langsung tidak masuk akal. -