Nampaknya kemeriahan majlis ABPBH 2014 yang berlangsung dalam keadaan meriah semalam telah berlaku satu kontroversi apabila dikatakan tindakan Johan raja lawak yang mencium bibir isterinya selepas dinobatkan sebagai pemenang anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular.
Tindakn Johan tersebut telah menjadi tanda tanya dan menerima kritikan dikalangan peminat kerana tindakan tersebut dianggap keterlaluan bertentangan dengan norma ketimuran.
Memang kalau dilihat ia berlaku secara spontan kerana terkejut tetapi ia bukanlah cara yang terbaik untuk melakuakn aksi suami isteri tersebut dikhalayak ramai dan disiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia.
Apapun kita tunggu jawapan dari Ozlynn dan Johan tentang tindakan tersebut. Dari kami SK mengucapkan tahniah kepada Johan kerana berjaya mendapat anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular. - Siakapkeli.com.my